Kepentingan
tumbuh-tumbuhan semula jadi
·
Ekosistem ialah satu proses
interaksi antara benda-benda hidup dengan benda-benda hidup dengan benda-benda
bukan hidup yang wujud dalam alam sekitar
·
Kesimbangan ekosistem hutan penting
kerana memelihara, melindungi dan mengekalkan sumber tumbuh-tumbuhan dan
hidupan
·
Ekosistem dapat menghasilkan sumber
kayu kayan, ubat-ubatan, rotan, buluh dan kulit kayu terutamanya dari kawasan
hutan
·
Membantu dalam peningkatan kualiti
udara di samping mengekalkan keseimbangan kitaran gas oksigen, karbon
dioksida dan nitrogen
·
tumbuh-tumbuhan hijau membekalkan
sumber tenaga kepada manusia dan haiwan yang memakannya
Pelbagai jenis
flora dan fauna
·
Pokok-pokok orkid, paku pakis, pokok
periuk kera merupakan tumbuh-tumbuhan istimewa yang terdapat dalam hutan
Malaysia
·
Hidupan liar seperti orang utan,
tapir dan gibbon ialah antara haiwan yang unik dalam hutan negara kita
·
Flora dan fauna menjadi tarikan
pelancong, bahan penyelidikan dan bahan warisan generasi
Gibbon
|
Pembekal
hasil-hasil hutan
·
Pokok dalam hutan Malaysia
menghasilkan pelbagai jenis kayu balak yang bermutu tinggi dan bernilai dari
segi perdagangan
·
hutan juga membekalkan hasil hutan
yang lain seperti rotan, mengkuang, buluh dan nipah yang sangat penting dalam
membangunkan industri perabot dan kraf tangan
·
kayu balak- membuat perabot,
mengilang papan lapis, membuat jambatan dan membina rumah
·
buluh dan rotan - membuat kraf
tangan, membuat perabot
·
kayu ru- membuat perahu, sebagai
bahan api
·
daun mengkuang- membuat tikar dan
bakul
·
daun nipah- membuat atap
·
batang nibung-membuat tiang rumah
dan cerucuk kelong
Habitat hidupan
liar
·
Hutan membekalkan makanan kepada
hidupan liar
·
Haiwan menjadikan hutan sebagai
tempat tinggal serta perlindungan
Kawasan tadahan air
·
Tumbuh-tumbuhan semula jadi di
kawasan tanah tinggi negara kita berperanan sebagai kawasan tadahan
·
Kawasan tadahan dapat didefinisikan
sebagai kawasan bukit bukau yang meliputi tumbuh-tumbuhan yang tebal dan
menjadi punca aliransungai
·
Hutan bertindak sebagai penipis
dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air
Pencegahan hakisan
tanih
·
Hutan bukan sahaja memberi
hasil kepada kitamalah bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta
melindungi tanih daripada hakisan air
·
Daun dan ranting pokok di hutan
hujan tropika yang tebal membantu mengurangkan halaju titisan air hujan dan
memecahkan saiz titisan air hujan kepada yang lebih kecil
·
Akar tumbuhan menyekat air larian
permukaan menyebakan aliran menjadi perlahan serta berfungsi sebagai pengikat
dengan cara mencengkam tanih
Pembiakan hidupan
laut
·
Hutan paya air masin dan hutan paya
air tawar di negara kita menjadi tempat pembiakan jenis kehidupan air
·
Pelbagai jenis ikan dan udang
bertelur di celah-celah akar pokok di dalam air
·
Inin kerana akar jangkang pokok
bakau melindungi telur ikan dan udang daripada ombak kuat dan pemangsa
Pengembang
Eko-pelancongan
·
Beberapa buah taman negara dan hutan
simpanan telah mewujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada
pelbagai spesies flora dan hutan simpan telah diwujudkan di Malaysia untuk
memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang semakin pupus
·
Taman Negara yang terletak di Pahang
dengan keluasan 4343km persegi merupakan hutan hujan tropika yang tertua di
dunia
·
Terdapat lebih daripada 10000spesies
tumbuh-tumbuhan dan 250 spesies burung dalam Taman Negara
Penghasil
ubat-ubatan tradisional
·
Kebanyakan tumbuh-tumbuhan
mengandungi nilai-nilai perubatan, terutamanya dari bahagian batang, akar, daun
dan ubi
·
Petai, akar dan batang pokok periuk
kera digunakan dalam perubatan tradisional
·
Bunga raya berguna untuk meredakan
batuk dan kehilangan kahak
·
Akar dan batang pokok direbus
dan diminum untuk mengubati demam
periuk
kera
|
No comments:
Post a Comment