Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Jenis-jenis Hutan

Pengenalan
Malaysia amat bertuah dianugerahi sumber hutan asli bernilai tinggi serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Hutan di Malaysia kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan dilitupi pokok-pokok sepertimana komitmen yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.
Di bawah Perlembagaan Persekutuan, hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri di mana setiap negeri dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar dan undang-undang perhutanan masing-masing. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta menjalankan penyelidikan. Bagi memastikan pelaksanaan polisi dan program perhutanan dapat diselaraskan, Majlis Tanah Negara telah diwujudkan sebagai platform kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membincang perkara-perkara berkaitan polisi dan pengurusan perhutanan di Malaysia.

Jenis-jenis Hutan


Amalan Pengurusan Hutan
Malaysia adalah komited kepada pelaksanaan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB). Malaysia memberikan penekanan seimbang dalam aspek pembangunan sosio-ekonomi dan pemeliharaan sumber aslinya sebagaimana yang termaktub di dalam objektif Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) iaitu untuk:

i.       Memelihara dan mengurus hutan negara berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan secara berkekalan; dan
ii.      Melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian hayat, sumber-sumber genetik serta meningkatkan
        penyelidikandan pendidikan.
Bagi memastikan bekalan kayu kayan negara mencukupi, kawalan ke atas hasil hutan dilaksanakan dengan berpandukan kepada Rancangan Pengurusan Hutan. Catuan Tebangan Tahunan (CTT) tutur dilaksanakan bertujuan untuk mengimbangi jumlah pengeluaran dan penghasilan kayu dengan keupayaan dan keluasan kawasan hutan pengeluaran dalam Hutan Simpanan Kekal. Pematuhan CTT di negeri-negeri dilaporkan kepada Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.





No comments:

Post a Comment