Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Hutan hujan tropika


Jenis
Hutan dapat dibahagikan kepada 4 jenis, iaitu hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai dan hutan gunung.
                                                  
Hutan hujan tropika
                              

·                      meliputi kira-kira 70 peratus daripada jumlah kawasan hutan di negara kita
·                     terpenting dan terluas di Malaysia
·                     ketinggian kurang daripada 1000 meter 
·                     meliputi kaki bukit atau cerun bukit di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
·                     malar hijau
·                     meliputi enam peratus daripada keluasan permukaan bumi
·                     dua pertiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di bumi
·                     mempunyai jenis kayu keras bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, keruing, merbau, balau dan seraya
·                     pembentukan empat lapisan


           Lapisan renjung atau lapisan emergen
·                     terdiri daripada pokok-pokok sangat tinggi, iaitu melebihi 40 meter
·                     Binatang seperti burung kakatua, kelawar, dan layang-layang terdapat di lapisan ini
·                     Pokok-pokok dapat tumbuh tinggi kerana mendapat sinaran matahari yang mencukupi
·                     mempunyai akar banir yang berfungsi memberi sokongan dan menahan daripada tumbang

                                            Akar banir

          Lapisan kanopi
·                     mempunyai ketinggian antara 20 hingga 40 meter
·                     pokok-pokok tumbuh dengan rapat dan membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya                         matahari sampai ke lantai hutan
·                     binatang yang terdapat di lapisan ini mempunyai tupai, kera dan tokek

          Lapisan tengah
·                     terdiri daripada pokok yang sederhana padat yang tumbuh 10 hingga 20 meter
·                     Contoh binatang ialah orang utan dan katak pokok
·                     tumbuh-tumbuhan yang terdapat di lapisan ini ialah liana, epifit, dan parasit
·                     tumbuhan liana seperti rotan yang tumbuhi di lapisan tengah 
·                     tumbuh-tumbuhan ini bergantung kepada  pokok besar untuk sokongan dan mendapat cahaya matahari
·                     tumbuh-tumbuhan epifit tumbuh di batang, ranting atau di daun pokok yang hidup
Paku tanduk rusa
     
          Lantai hutan
·                     terdiri daripada pokok-pokok kurang 10 meter tinggi
·                     binatang yang terdapat di lapisan ini ialah tapir, harimau, tupai pinang dan tenggiling
·                     tumbuhan-tumbuhan seperti cendawan, bunga rafflesia, pokok renek, semak samun dan pokok herba

·                     tumbuh-tumbuhan di lantai hutan jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari
Bunga Rafflesia           

                                                              
Jenis Tumbuhan (Flora)

·                     Pokok tumbuh di kawasan tanah pamah, bukit bukau dan lereng gunung.
·                     Pokok tumbuh rapat-rapat dan mempunyai ketinggian yang berbeza.
·                     Pokok tegak, lurus, malar hijau dan berakar banir.
·                     Pokok jenis kayu keras seperti meranti, cengal, keruing dan balau.
·                     Tumbuh-tumbuhan lain seperti rotan dan buluh.

 
Jenis Hidupan (Fauna)

·                     Terdapat habitat untuk haiwan seperti rusa, harimau, gajah, beruang dan musang.
·                     Pokok yang tinggi menjadi habitat untuk haiwan seperti kera, burung, lebah, kelawar dan tupai             terbang.



















No comments:

Post a Comment